Misi Bantuan Gaza · The Rightful Gift

Alhamdulillah
Bantuan The Righful Gift
Sudah Sampai Ke Gaza

Dengan izin Allah dan sokongan para penyumbang yang budiman, 11 lori kontena bantuan The Rightful Gift telah berjaya memasuki Gaza untuk mengurangkan derita saudara kita di sana.

Video Bantuan ke Gaza

Laporan ringkas misi bantuan The Rightful Gift untuk Gaza.

Ringkasan Bantuan Yang Telah Disalurkan

Menerusi misi bantuan terkini Global Hayat ke Gaza, bantuan anda telah berjaya dikumpulkan, diproses dan disalurkan dalam bentuk barangan keperluan asas seperti makanan dan gandum.

Jumlah Kontena
11 Kontena
11 lori kontena bantuan berjaya memasuki Gaza hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Kotak Makanan
5,400 Kotak
Diagihkan melalui 6 kontena yang sarat dengan kotak makanan untuk keluarga Gaza.
Gandum
100 Tan
5 kontena membawa gandum bagi menyokong bekalan roti dan makanan ruji penduduk.

Insya-Allah, bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada antara 6,000 hingga 9,400 keluarga di Gaza .

Bagaimana Sumbangan Anda Memberi Kesan

Setiap ringgit yang anda salurkan bukan sekadar angka, tetapi menjadi makanan di meja, harapan dalam hati, dan bukti hubungan kemausiaan masih wujud.

Makanan Di Meja Keluarga

Kotak makanan yang dibekalkan mengandungi barangan asas yang membantu keluarga-keluarga di Gaza bertahan beberapa minggu, khususnya mereka yang kehilangan tempat tinggal dan sumber pendapatan.

Bekalan Gandum Untuk Roti

100 tan gandum yang dibawa membantu menggerakkan operasi roti dan dapur-dapur kebajikan, agar lebih ramai mampu menikmati makanan panas di saat krisis berpanjangan.

Doa & Harapan Dari Malaysia

Setiap bantuan yang dihantar membawa sekali doa dan tanda ingatan daripada anda di Malaysia, memberi kekuatan emosi kepada rakyat Gaza bahawa mereka tidak pernah bersendirian.

Terima kasih, para penyumbang budiman!

Global Hayat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menyokong misi ini – sama ada melalui sumbangan wang, doa, atau sebarkan maklumat kepada orang lain.

Semoga Allah menerima seluruh amal jariah anda dan menggantikan dengan ganjaran yang lebih baik di dunia dan akhirat. Ameen.

Walaupun sebahagian bantuan sudah selamat tiba di Gaza, krisis masih berterusan. Infrastruktur musnah, keperluan makanan dan asas harian masih tinggi. Inilah masa untuk kita teruskan gelombang kebajikan ini.

Gelombang Seterusnya Bermula Di Sini

Jom Teruskan Bantuan Ke Gaza

Sumbangan anda hari ini akan membantu kami merancang dan menghantar lagi kontena-kontena bantuan akan datang – agar lebih ramai keluarga di Gaza mendapat makanan, gandum dan keperluan asas yang sangat mereka perlukan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
THE RIGHTFUL GIFT RM500
THE RIGHTFUL GIFT RM100
THE RIGHTFUL GIFT RM50
THE RIGHTFUL GIFT RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Chat Admin Klik Sini